Alamat

Azemee bin Sulaiman
SMK Seri Tangkak
Jalan Payamas
84900 Tangkak
Ledang, Johor


Utama

Monday, January 23, 2012

PENATKANLAH DIRIMU DALAM MENELITI KELEBIHAN ILMU









Saya telah membaca sebuah kitab yang berjudul "Panduan Belajar Menurut Kaedah Islam" yang judul asalnya "Ta'lim al-Muta'allima Tariqul Ta'lim" oleh Sheikh Zarnuji, kemudian dialih bahasa oleh Abdul Ghani Jabal Maraki. Saya sangat tertarik dengan sebuah syair dari Sheikhul Islam Burhanuddin yang telah dinukilkan dalam kitab ini, yang bermaksud :
INGATLAH KETIKA ILMU BERADA DI MERTABAT YANG TERTINGGI # SELEPASNYA DIIKUTI DARJAT KETINGGIAN YANG DIPEROLEHI DARIPADA PERHIMPUNAN RAKSASA MANUSIA.

KEMULIAAN ORANG BERILMU AKAN KEKAL BERLIPAT GANDA # SEDANGKAN SI JAHIL BILA MATI HANYA AKAN BERADA DI DALAM TANAH.

SUDAH JAUH ! TIADA LAGI HARAPAN UNTUK MENCAPAI KEMUNCAK KEMULIAAN ILMU # BAGI ORANG YANG TELAH MENCAPAI KEMULIAAN SEBAGAI RAJA PEMERINTAH ASKAR.

AKU AKAN TULISKAN UNTUKMU SEBAHAGIAN DARIPADA KELEBIHAN YANG ADA PADA ILMU # MAKA DENGARILAH WALAUPUN TIDAK SEMUA KELEBIHAN DISEBUTKAN :

ILMU ITU CAHAYA, SETIAP CAHAYA DAPAT MENUNJUK KE JALAN SUPAYA TERLEPAS DARIPADA BUTA KEJAHILAN DAN KESESATAN # SI JAHIL AKAN MENGHARUNGI KEPEKATAN KEGELAPAN SEPANJANG MASA.

ILMU ADALAH KEMUNCAK GUNUNG YANG TINGGI YANG MELINDUNGI ORANG YANG BERLINDUNG DISEBALIKNYA # DAN MENJADI PENYELAMAT DI KALA KESUSAHAN DAN KESEMPITAN.

BILA MANUSIA DILAMUN KELUPAAN # DENGAN ILMU DIA DAPAT MENYELAMATKAN DIRINYA DARIPADA AZAB DI AKHIRAT.

DI KALA ROH SEDANG KELUAR DARIPADA RONGGA DADA # DENGAN ILMU MANUSIA MENGHARAPKAN UNTUK SELAMAT DARIPADA AZAB NERAKA.

MELALUI ILMULAH PARA ULAMA DAPAT MEMBERI SYAFAAT KEPADA OARNG YANG MENDERHAKA # SEDANG MENUJU KE LAPISAN NERAKA YANG PALING BURUK AKIBATNYA.

SESIAPA YANG MENUNTUT ILMU IA MENUNTUT SEMUA PERKARA YANG DITUNTUT BAIK DI DUNIA MAHUPUN DI AKHIRAT # SESIAPA YANG DAPAT MENGUASAI ILMU IA ADALAH ORANG YANG DAPAT MENGUASAI PERKARA YANG DITUNTUT.

SEDARLAH ORANG YANG BERAKAL ! ILMU ITU ADALAH PANGKAT YANG TERTINGGI # APABILA MENCAPAINYA BIARLAH PANGKAT-PANGKAT LAIN ITU HILANG.

ANDAINYA ENGKAU TIDAK DAPAT MEMILIKI DUNIA, KEINDAHAN DAN NIKMATNYA # PEJAMKANLAH KEDUA MATAMU KERANA ILMU ITU ADALAH SEBAIK-BAIK KURNIAAN.

Thursday, December 1, 2011

Ibu Bapa Sebagai Teladan

Ibu bapa mahupun pendidik perlu berusaha memberikan dorongan ataupun motivasi kepada anak-anak didikannya bagi melaksanakan hal-hal yang perlu dilakukan dan menjadikan hal-hal itu kelihatan mudah pada mata seorang anak. Ibu bapa mahupun pendidik mampu melakukannya dengan memberi contoh yang jelas kepada anak-anak supaya mereka dapat menirunya. Maksudnya, ibu bapa dan pendidik perlu menjadi teladan yang baik kepada anak-anak.

Tuesday, December 7, 2010

Keajaiban Solat

- Jawapan kepada persoalan, benarkah solat mampu meningkatkan kecerdasan?

- Teknik meningkat kecerdasan dengan solat.





Tuesday, June 29, 2010

Solat Hatim Al-Hisyam

Hatim menjawab ketika ditanya bagaimana beliau solat?

"Ketika tiba waktu solat, aku berwudhuk dengan lengkap dan menghampiri tempat solatku. Kemudian aku duduk di situ hingga seluruh tubuhku tertumpu untuk solat. Lalu aku memulakan solat dengan membayangkan Kaabah seolah-olah berada di hadapanku. As-Shirath (jambatan) berada di bawah kakiku, syurga di sebelah kananku dan neraka di sebelah kiriku, dan malaikat maut di belakangku. Aku menganggap solatku itu adalah solatku yang terakhir. Kemudian aku mengerjakannya dengan perasaan cemas dan mengharap. Aku bertakbir dengan sepenuh hati, melantunkan ayat-ayat Quran dengan tertib. Aku melakukan rukuk dengan tawaduk dan bersujud dengan penuh khusyuk. Selanjutnya aku duduk di atas kaki kiri dengan melunjurkan tapaknya dan menegakkan tapak kaki kanan di atas ibu jari. Kemudian, aku pun mengakhiri solatku dengan rasa ikhlas. Namun aku tidak tahu apakah Allah menerima solatku itu ataupun tidak!"

Begitulah al-Hatim menilai solatnya. Dia tidak tahu adakah Allah menerima ataupun tidak solatnya yang begitu khusyuk itu. Dia juga tidak tahu adakah solatnya itu dapat menjauhkannya dari neraka ataupun tidak. Bagaimana dengan kita? Tentu kita juga tidak tahu adakah solat kita diterima ataupun tidak. Hanya Allah yang maha tahu. Justeru itu, lebih penting lagi bagi kita menilai solat kita.